Tuesday, 16 April 2013

Di sinilah Bermula Segalanya



Bismillah...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-Masjid Al-Hikmah, UiTM Alor Gajah Melaka-

Setelah sekian lama tak update disebabkan kekangan waktu, kini, alhamdulillah aku mempunyai masa untuk menulis di segenap ruang blog aku ini. InshaALLAH, aku ingin meluahkan sedikit kenangan atau detik waktu yang aku tempuh ketika menimba ilmu di menara gading. Alhamdulillah di sini aku belajar banyak perkara. Aku juga dapat mengenali hati-hati insan yang pelbagai. Serta perkara kemuncak dalam hidup aku adalah dapat mengenali sebuah persahabatan, inshaAllah ianya akan kekal hingga akhirat sana. Allahumma.

Sewaktu aku menuntut di UiTM Alor Gajah, aku mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan hatiku ini. Bila mana sampai di masjid Al-Hikmah, aku diperkenalkan dengan dua persatuan Islam yang bergerak aktif di sana iaitu Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM) & INSAN. Aku menjadi ahli kepada kedua-dua persatuan tersebut. Alhamdulillah, di sini aku dapat mengenali naqib & naqibah yang hebat.


Buat pertama kalinya juga aku memasuki bulatan gembira iaitu USRAH. Dahulunya aku tertanya-tanya, apakah itu usrah? Kenapa aku perlu menghadirinya malahan setiap minggu aku tak pernah missed pun. Selepas sekian lama aku mengikuti usrah mingguan, alhamdulillah, Allah Ta’ala buka pintu hatiku. Kini aku memahami & lebih menjiwai perkataan itu. Allahu Robbi.. Besar betul kekuasaanMU.

Alhamdulillah, mungkin itu sahaja yang ingin aku sematkan dalam bait-bait terakhir aku di sini. Apa yang aku selalu pegang..

“Perjalanan yang berliku di dunia ini seringkali mengajar kita erti kesabaran, kekuatan yang teguh lahir dari dalam jiwa yang mungkin kadangkala punah sekelip mata. Tapi, apabila aku terfikirkan tentang hari esok, apa yang perlu aku lakukan untuk ubah hidup aku? Ubah ke arah kebaikan, ke arah yang lebih berilmu. Moga Allah Ta’ala berikan aku kekuatan untuk itu, InshaALLAH”