Monday 26 October 2015

Sayyidul Wujud Habibuna Rasulillah~

Bismillah~

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar


Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya


Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya


Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya


Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku


Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya


Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya


Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda NABI Muhammad ﷺ yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda NABI 
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !


Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah 

Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman 


Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti
Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اللهم صل على محمد وآل محمد



Monday 26 January 2015

UjianNya buat kami..


Bismillah~

Assalamu 'alaikum warahmatullah!

Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup lagi satu hari di dunia ini.

Hari ni aku nak kongsi sikit tentang kehidupan aku. 17.7.2014 merupakan hari yang sangat membimbangkan kami sekeluarga. Kerana hari itu abang aku Abdul Rahman Rahim accident di Teluk Panglima Garang, Banting, Selangor. 

Kejadian pada hari tu berlaku..


******



Waktu tu adalah bulan Ramadhan dan aku baru selesai solat maghrib. Selesai solat saja aku mendapat miscall daripada nombor abangku. Waktu tu aku sedar yang sudah ada 2 miscall. Tanpa lengah lagi aku terus call balik abangku. Tapi aku agak pelik sebab suara yang mengangkat call tu lain dari suara abangku. Aku bertanya dan orang yang angkat call tu mengatakan bahawa abangku accident. Allahu Robbi. Masa tu aku terkejut dan hanya mampu diam. Aku terus beritahu mak abah. Abah terkejut dan terus call nombor abalong balik. Mak terus menangis sebab terkejut.

Masa tu kami berada di Melaka dan kami amat risaukan keadaan abalong yang kami sendiri tak tahu macam mana. Jadi tanpa lengah aku terus call maksu dan sepupu yang berada di Selayang untuk inform diorang. Malam tu juga kami bergegas ke Klang kerana abangku dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang. Disebabkan jalan sesak kerana berlaku accident di Seremban maka kami sampai lambat di HTAR. Semasa dalam perjalanan, kami dapat panggilan daripada maksu kami yang mana dia adalah antara saudara yang awal sampai di hospital, mengatakan doktor perlukan sign parents untuk buat operation. Maksu kata yang abalong kritikal sebab ada darah beku di otak. Keadaan dia teruk dan doktor perlukan segera. Abah dengan redha beri izin kepada maksu untuk wakilkan pihak abah untuk tandatangan. 

Waktu kami sampai hampir pukul 2 pagi. Dan masa tu abangku masih di bilik operation. Sewaktu sampai aku melihat ramai kawan abangku berada di hospital. Makcik2ku juga turut berada di sana. Kami dengan sabar menunggu sampailah abalong ditolak keluar dari bilik operation. Sebelum dia ditolak keluar, seorang doktor berbangsa cina keluar dari bilik itu dan mengatakan yang pembedahan telah berjaya. Alhamdulillah, kami bersyukur. Selepas ditolak keluar aku melihat wajah abangku berbeza dengan yang dulu. Kami semua sedih dan hanya mampu tahan serta berdoa tanpa putus asa.

Abalong dimasukkan di ICU. Selama 6 hari abalong tak sedar di sana sepanjang waktu itu, ramai sahabat2nya, lecturer2nya, rakan sekerja yang datang menziarahi tak lupa juga saudara mara yang datang menjenguk. Mereka memberi kata semangat kepada kami. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan insan2 yang baik kepada kami. 


inshaAllah akan bersambung ke entry yang seterusnya. Hadza wa billahittaufiq. 

Wednesday 21 January 2015

Lama tidak ketemu~


Bismillah~

Assalamu ‘alaikum warahmatullah wabarokatuh!

Alhamdulillah ‘Ala Kulli hal.


Allahu Robbi. 

Lama sudah tak update blog ni. Sudah bersawang dibuatnya. Maaf kepada sahabat yang mungkin ada mengikuti blog ni. Mungkin ada, mungkin tiada.
Apapun moga melalui blog ni selepas facebook menjadi salah satu saham buatku untuk menampung amalanku yang sememangnya sikit ini untuk bekalan di akhirat sana. Allahumma Aameen.

Melalui entry kali ini, tiada apa yang ingin aku coretkan. Cuma aku dapat merasai pengalaman baru berada di tempat orang. Kerana waktu diploma aku study di Melaka juga even aku orang Melaka.  So, berada di sini, Arau, Perlis banyak kenangan suka dan duka walau hampir setahun aku disini. Dengan pelbagai ragam masalah sahabat2, dengan ragam lecturer dan sebagainya.

Di sini aku belajar erti sabar itu bila berjauhan dengan family. Aku mula menghargai family aku sendiri. Aku mula belajar bagaimana mendoakan mereka yang rapat denganku dalam diam. Moga Allah redha dengan kehidupan aku di sini.

Itu sahaja buat kali ini. Maaf kerana tiada pengisian yang bermanfaat untuk entry ni. Jumpa lagi inshaAllah andai ada umur lagi.

Sollu ‘Alan Nabiy <3
Wassalam.  ^_^

Monday 24 February 2014

Keajaiban Solat Tahajud

Bismillah~


Keajaiban Solat Tahajud 



Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani 
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya. Hatinya bersih dari sifat2 mazmumah seperti hasad dengki, sombong dan takbur.

****

Solatlah wahai permata ISLAM
yakinilah ia
Pasti dirimu tenang
menghadapi hidup yang penuh onak duri




Saturday 8 February 2014

Keikhlasan itu


Bismillah~

Alhamdulillah di atas NIKMATNYA pada kita 1 hari lagi...




"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."


"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

****
PENGAJARAN


"Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.
Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"



Tuesday 4 February 2014

Kisah Benar Bermimpi Berjumpa dengan Rasulullah SAW

Bismillah~





Tulisan ikhlas dari seorang Hamba Allah akan kisah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw, hanya pen berdakwat airmata menjadi ukiran…

Luangkan masa kalian untuk membaca, ambil peringatan dari Baginda Nabi Muhammad saw, tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…



******

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).
Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar” (al-Haqq). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.)

Kisah ini bermula pada hari jumaat 10 malam akhir dibulan Ramadhan selepas dari sahur , peristiwa yang mana tidak akan ku lupakan, bilamana keluargaku kuat disihir dan diserang oleh gangguan mahkluk halus, Keadaan ibuku amat tenat dan parah sekali, Ibuku cuba beramal amalan pagar diri pendinding ayat2 ruqyah sebagainya malahan hampir merata2 tempat yang menawarkan perubatan islam untuk mencari ikhtiar dengan ustaz, tapi kesannya sama sahaja dan masih berterusan, tapi kami redha dan sabar. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti akan ada penawar kesembuhan dari Allah.

Kadang2 terdetik dihati, “aku sebagai anak lelaki di dalam keluarga… apa yang patut aku lakukan pada ibuku yang sedang sakit”. Terasa sedih dan sebak dihati dengan harapan mahu melihat ibuku sihat dan ceria kembali. Ana cuba berdoa kepada Allah pada malam tu dengan hati yg penuh keyakinan dan berselawat kepada Rasulullah saw dengan harapan ibuku akan sembuh.

Selepas dari sahur, cuba baring sebentar, Lantas ana tertidur...
Hadir satu cahaya putih yang teramat putih, kesemuanya kosong tiada apa2 di persekitaraannya, selepas dari itu seperti ana melihat sesuatu yang indah tapi tidak ingat apa yang ana lihat, seperti perkara yang kita tidak dapat fikirkan. Kemudian ana melihat satu alam yang sangat menajubkan dan sangat luas, semakin lama semakin mendekati dengan bumi, disitu ana melihat pelbagai perkara dalam satu detik, ada orang melakukan kebaikan dan ada yang melakukan keburukan kemusnahan dgn kehendak Allah taala.

Selepas itu, bercahaya skali lagi, hadir satu kumpulan yang teramat ramai yang berpakaian putih memakai pakaian sunnah, ada dikalangan mereka ana kenal datuk nenek moyang ana dalam rupa yang muda, dan yang lain ana tidak kenal kerana teramat ramai dan semuanya senyum kearah ana, mereka seperti mahu memberitahu sesuatu tapi tidak berkata-kata. SubhanAllah, tiba2 terdengar satu laungan azan yang amat merdu, tiba2 ana berada di Masjidil Haram, ana masuk kedalam kaabah dan melihat satu persatu isi dalamnya yang memiliki 3 tiang besar dan barangan2 didalam serta hajarul aswad yang bercahaya tersegam indah disitu.

Kemudian, ana hilang dari tempat masjidil haram dan berada di suatu tempat yang amat cantik dan indah xdapat diucap dengan kata2, disitu ada satu pohon yang seperti pohon kurma yang besar sangat dan berdaun lebat tapi bukan sepertinya. Ditepinya ada sebatang sungai yang amat jernih didalam sungai ada sungai lain yang mengalir.

Ada Hamba Allah yang bersandar di pohon tersebut, hadir rasa hendak mengetahui siapakah hamba Allah yang berada disitu, hati ana berasa mungkin ini mainan atau tipu daya syaitan, tapi semakin ana menghampirinya, semakin jantung ana berdenyut dengan kencang, seperti merasakan sesuatu yang lama kita tunggu berada disitu, tiba2 ada satu wangian yg sangat harum. SubhanAllah, wajahnya bercahaya sinar yang amat terang dan indah sekali, rupanya indah sehinggakan tidak dapat digambarkan. Ana bagi salam kepada hamba Allah tersebut “Assalamualaik wbt” dan hamba Allah itu menjawab salam ana dengan suara yang sangat merdu penuh senyuman. Hati ana seperti mengenali hamba Allah itu sudah lama walaupun baru berjumpa. Hati ana berasa sayu seketika…

Ana bertanya kepada hamba Allah tersebut, “Kamu siapa?” di dalam bahasa arab tapi ibarat bahasa arab itu bahasa utama ana dan ana memahaminya, lalu hamba Allah tadi menjawab “Aku Rasulullah yang diutuskan oleh Allah kepada sekalian Alam” ...Ya Allah, berderai air mata ana jatuh terasa sedih yang teramat sangat bilamana kalam ucapan dari Rasulullah saw, hati ana yakin bahasawanya itu adalah Rasulullah saw dan bukan jelmaan iblis atau syaitan. Lalu Rasulullah saw menghampiri ana dan memeluk ana dengan erat, ana dapat rasakan pelukan yang sangat dingin sambil menggosok belakang ana, Rasulullah saw berkata pada ana “InnaAllaha ma’assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Allahu Robbi, Hati ana yang selama ini berada di dalam kesusahan kesengsaraan hidup luruh terhakis bilamana melihat baginda saw. Baginda saw memakai jubah putih dan berserban yg seputis kapas, kain selendang rida’ berwarna hijau di atas bahu Baginda saw, janggut Baginda saw yg tersusun rapi, rambut Baginda saw brwarna hitam tidak lurus dan tidak kerinting yg ikal mayang, wajah Rasulullah saw putih kemerahan yang ibarat bercahaya umpama bulan, alas kaki Baginda saw seakan bentuk kubah masjid berbentuk capal, Baginda saw mememegang tongkat di tangan kanan, mata Rasulullah saw ana tidak dapat melihat dengan bertentang kerana terlalu bercahaya dan tidak sanggup melihat kerana terlalu cantik yg tidak dapat digambarkan dengan kata2…Ya Allah :’(

Lalu Rasulullah saw berpesan kepada ana, “Kamu janganlah berputus asa dari Rahmat Allah taala, teruskan dengan istiqamah perjuangan kamu, jagalah ibumu, jagalah ibumu, jagalah ibumu (sebanyak 3x) keluargamu, gunakan kelebihan Allah taala bagi kepada kamu kepada masyarakat dan bukan kepada manfaat diri sendiri dan utk ummatku…” bila Rasulullah saw sebut ummatku, Rasulullah saw pula sedih dan mengalirkan air mata…Ana makin bertambah sedih dan sayu dihati…hanya Allah taala sahaja yang tahu…Ya Allah…

Rasulullah saw sempat mengajarkan ana sesuatu ilmu dari bacaan potongan ayat quran dan ilmu yang ana tidak pernah dengar dan pelajari, keadaan pada masa itu terasa sangat lama walaupun hanya dalam mimpi.
dan Rasulullah saw juga berpesan agar ummat islam tidak berpecah dan bersatu kembali dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah taala. Rasulullah amat merindui umatnya…walupun hakikatnya Rasulullah saw tahu ada beberapa segelintir ummatnya tidak mengingatinya…SubhanAllah..

Selepas daripada itu, terdengar satu azan sekali lagi…dan ana tersedar dengan dibasihi air mata kecintaan kepada Rasulullah saw ..ana bangun masa itu azan subuh berkumandang… Pagi tu terasa dingin dan tenang, langit bercahaya dengan suasana yang tenang… Sejak dari itu, perkara yang ana tidak akan lupakan ialah bermimpi brjumpa dengan Rasulullah saw…. Allahu Robbi.. :’(

Alhamdulillah, selepas dari kejadian, ana mencari guru (babo) utk bertanya kesahihan mimpi ana di pondok, baba kata benar dan sejak itu baba &guru2 mengajar ana beberapa ilmu perubatan islam dan sejak dari itu ana sendiri merawat ibu ana yang sakit kembali sembuh dengan kehendak Allah taala, sehingga ke hari ini…Moga Allah taala teruskan rahmat dan limpah kurnia kesejahteraan kepada ibu ana,keluarga ana dan ummat islam….Amin…

Rindu padamu ya Rasulullah saw…   
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..
Orang2 yang bijaksana itu mengambil iktibar dari pengajan sesebuah kisah...

AlFaqir sampaikan kisah ini utk berpesan kepada ummat islam agar sentiasa terus mengingati Allah dan sunnah Rasulullah saw. berpegang kepada Alquran hadis kalam2 ulama, dan moga bertambah keimanan dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah saw.







اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Al-Faqiru Ila ALLAH
والله أعلـــــــــــم.
اّميـــــــن

Monday 3 February 2014

Musim Umrah Kini


Bismillah~


Musim Umrah kini..


Waktu inilah ramai insan2 yang mengirim doa kepada ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai & sesiapa yang akan menjejakkan kaki ke RUMAH ALLAH.

1 ketika dulu.. 


Aku pernah terbaca status drpd seorg sahabat di "FB", tapi tak ingat dah siapa yg post yg pasti aku sangat tertarik dgn apa yg disampaikan sahabat itu. Sampai ke hari ini teringat2 seperti sahabat tu mmg sampaikan pesanan itu khas utkku..


Andai tak silap mcm ni lah statusnya..

-> Tak perlu tunggu depan kaabah baru nk berdoa. Tak perlu tunggu ketika dlm Raudhah di Masjid Nabi baru bersungguh2 nk minta. doa n hajat. TAK PERLU NANTI SAMPAI TANAH SUCI..

kt Malaysia ni, kt pantai, dlm office, dlm lori, time study, time hujan, tgh riadah..
Bila2 pn boleh.. No prob lah.. 

Tak perlu nak hafal pktaan arab dgn bahasa & makna yg tinggi2. Sebut bahasa yg mudah n yg datang daripada hati. InshaAllah baik.

-hingga ke hari ni TERKESAN dgn tulisan shbt ni. :') -
Alhamdulillah ku rafa'kan kesyukuran terhadapMu ya Allah kerana Engkau mengurniakan daku sahabat2 yg sentiasa mengingatkan daku kepadaMu & RasulMu.

Siapapun kamu TERIMA KASIH sahabat. 

#SOLLU