Friday, 18 October 2013

Kenali Sifat Amarah!!

Bismillah..


Assalamu'alaikum wbt! 





wahh..aku bersemangat kejap harini bukan kerana apa tapi kerana nak membantu sahabat2ku yang stress atau marah, geram & sebagainya lah dgn masalah duniawi ni.

Hmm..biasalah masalah-masalah akan tetap kejar kita even kita masuk liang lahad sekalipun.. mana taknya nanti nak kena azab & macam2 lagilah..tu bukannya masalah ke?? huhu..masalah juga tu.. -_-

--------

RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah:
 “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.” 
Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.Ada lima kategori marah iaitu;

Cepat marah atau marah tak bertempat

Marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat)

Marah sederhana,                                                                                                                                     

Tidak tahu marah                                                                                                                         

Marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu

-Rasa bangga diri,
-Takjub kepada peribadi sendiri,
-Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas,
-Bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.


Lima lagi puncanya ialah

-Gemar berbantah dalam sesuatu perkara,
-Khianat,
-Tamak kepada harta juga pangkat,
-Gagal mengendalikan nafsu
-Emosi serta hasad dengki selain iri hati.



Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah.
 Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.

Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.
Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.


Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.


Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.
Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.


Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.  
Wallahualam..


*******

Marah tu sifat IBLIS
IBLIS tu dijadikan daripada apa??
daripada API..
MARAH tu asalnya apa??
asalnya daripada api..
so, macam mana nak padamkan api??
Guna airlah,..
jadi, kita sebagai Muslim apa patut kita buat??
Angkat wuduk lah..
Istighfar banyak2..
Mungkin time ni lah Allah nak uji kesabaran kita tu..( ^_^)

SABAR ITU INDAH!



hihi.. (^_~)

Sunday, 13 October 2013

Salam Zulhijjah

Bismillah~

Assalamu'alaikum warahmatullah. 



Bertemu kembali kita dalam entry kali ini. Kini, dalam bulan mulia ni, ZULHIJJAH, jutaan umat Islam dari pelosok dunia menunaikan haji. Masing-masing berlumba menunaikan rukun Islam ke-5 ni..baguih dahh..

Tapi ada juga yang ambil kesempatan tunai haji & shopping sekali, sambil menyelam minum airlah kata orang.. Allahu Robbi! Kalau boleh janganlah buat gitu ya.. Tak elok. Tajdidkan niat kita balik. Moga dijauhkanlah.. Allahumma Ameen.

Tak ketinggalan, aku di rumah, tiap-tiap hari dok dengar tentang kemuliaan bulan ini, kehebatan Allah, rahsia-rahsianya untuk hambaNya, keperibadian yang tinggi Kekasihku Muhammad SAW, peristiwa antara Ibrahim, Sarah, Hajar, Ismail, mashaAllah! Tak terhitung banyaknya. <3<3<3

Perkara-perkara ini yang membuatkan jiwaku berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Menjejakkan kaki di Padang Arafah! Allah!! Teringin sekali aku ke sana, tapi apakan daya modal masih belum membuatkan aku mampu untuk ke sana. Ya Allah, berilah rahmah & berkah kepada kami sekeluarga & murahkanlah rezeki kami agar sampai ke rumahMu yang indah.

Keindahan di sana pula, mashaAllah! Tiada tolok bandingnya. Pernah sekali aku tertonton Drama bersiri Adam Hawa. To be honest, aku tak minat cerita melayu even aku orang melayu, nak tahu kenapa? Sebab cerita-cerita atau drama melayu kebanyakannya berkisahkan cinta. Maaflah ya, aku kurang sikit dalam hal macam ni. I love more to action.. wahh.. (O_o)

Ok, berbalik kepada tujuan kita, aku terpesona akan keindahan Rumah Allah dalam cerita Adam Hawa lah tu.. MashaAllah! Time tu juga hati menjadi sebak, sayu macam-macam lagilah.. Air mata terus mengalir. Allah! Aku bermonolog sendirian.."Subhanallah! Indahnya rumahMu! Aku nak ke sana!.."

Start tu aku  simpan koleksi gambar-gambar atau wallpaper Mekah! Cantik-cantik semuanya. Firstly, ya memang aku nak sangat ke sana, but I'll bring my lovely parents. Moga hajat mereka nak sampai ke sana tercapai. Allahumma Ameen. :')

Tiada hadiah paling indah untuk mak abah melainkan dapat menunaikan rukun Islam ke-5 di Tanah Suci, Mekah.


Saturday, 5 October 2013

Ekstrem ?? radikal ??? betulke aku macam tu ?? (=.=)"


Bismillah...

Alhamdulillah, Dia masih lagi berikan nikmat-nikmat kehidupan kepadaku.. 

Sekadar perkongsian….( ^__^ ) v

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫♫♫•*¨*•.¸¸
Assalamu’alaikum para sahabat yg dicintai..

        Syukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana memberikan peluang untuk masih lg bernafas.. Aku nak berkongsi dengan sahabat sekalian 1 fenomena akhir zaman ni iaitu Islamiphobia
Sebenarnya fenomena ni tercetus di barat yg anti-Islam…tapi baru2 ni aku tersedar fobia terhadap Islam ni pun da menular dalam kalangan kita sendiri…org ISLAM….


        Sebelum ni aku & seorang sahabat ni telah dilabel sebagai EKSTREM & RADIKAL oleh seorang sahabat lg yang juga seorang Islam… aku ekstrem???? Radikal ke??? 

Wah !!..berat sungguh gelaran ni….aku suka campur sedih… 
Suka?? Yup… sebab Nabi SAW dah brsabda;

Islam itu dtgnya dagang (ganjil) n akan mnjadi dagang (pd akhir zaman),dan gembiralah org2 yg dilihat dagang (ganjil)”. 

Maksudnya Islam  zaman skrg ni akan semakin terpinggir seperti mana Islam mula dibawa oleh Nabi SAW… pada zaman Jahiliyyah…Nabi SAW juga pernah ditohmah  mcm ni malah dicerca sebagai org gila !! So, tak heranlah bila aku pun dilabel gitu… Tapi terfikir juga, dari segi apa yang aku ni digelar ekstrem?? Aku ni berbahaya ke?? Ekstremlah aku jika nak jadi hamba ALLAH??… RADIKALKAH aku kalau nk ikut ajaran Al-Quran or sunnah?? 

Hanya kerana aku ni aktif nak hidupkan program agama n berpersatuan kerana ALLAH…cuba mngajak sahabat n adik2 masuk usrah…Aku ni dilabel ekstrem n radikal sometimes dilabel tak guna bagi setengah pihak??? Alhamdulillah Ya ALLAH…
    
Dalam masa yang sama aku sedihlah juga… sebab org ISLAM sendiri alergik dengan Islam…Sudahlah tak menolong,sanggup pulak gelarkn orang lain yang susah payah tinggikn KALIMAH ALLAH dengan macam2 gelaran & nama yang melemahkn!!!… 

terfikir juga Islam macam mana yang tak ekstrem, yang tak radikal??? 

Adakah macam mngaku Islam, solat dah le tak cukup syarat, makan kenyang, tido puasaku tak kacau orang, orang tak kacau aku…nanti kubur lain-lain.. 
Sorry sikit ye!! Kau masuk kubur sendiri ke?? guling-guling sendiri terus masuk liang lahad?? So, orang lain tak payah nak tolong kau ke haa?? fikir elok-elok ye sebelum kau nak hentam orang lain.. haih!!

Ya Allah, ampunilah dosa2 kami. Sesungguhnya kami ni golongan yang tak faham…Sedarkanlah kami daripada kejahilan ni… Allahumma Ameen…

Ok…sekadar tu je perkongsian aku kali ini.. semoga beri pengajaran  kepada kita…InshaALLAH…. Fahamilah realiti akhir zaman… yang mana benda munkar akan jadi kebiasaan & up to date…perkara agama lak akann dipinggirkn & kelihatan ganjil…

Fahamilah hakikat ni supaya kita tak tertipu dengan Syaitan yang selalu nak sesatkan & heret kita jadi kawan dia kat neraka nanti… 

(Ingat yang Dunia ni hanyalah tempat persinggahan…..AKHIRAT JUALAH YANG KEKAL ABADI..)