Bismillah~
Assalamu 'alaikum warahmatullah!
Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup lagi satu hari di
dunia ini.
Hari ni aku nak kongsi sikit tentang kehidupan aku. 17.7.2014
merupakan hari yang sangat membimbangkan kami sekeluarga. Kerana hari itu abang
aku Abdul Rahman Rahim accident di Teluk Panglima Garang, Banting,
Selangor.
Kejadian pada hari tu berlaku..
******
Waktu tu adalah bulan Ramadhan dan aku baru selesai
solat maghrib. Selesai solat saja aku mendapat miscall daripada nombor abangku.
Waktu tu aku sedar yang sudah ada 2 miscall. Tanpa lengah lagi aku terus call
balik abangku. Tapi aku agak pelik sebab suara yang mengangkat call tu lain
dari suara abangku. Aku bertanya dan orang yang angkat call tu mengatakan
bahawa abangku accident. Allahu Robbi. Masa tu aku terkejut dan hanya mampu
diam. Aku terus beritahu mak abah. Abah terkejut dan terus call nombor abalong
balik. Mak terus menangis sebab terkejut.
Masa tu kami berada di Melaka dan kami amat risaukan keadaan
abalong yang kami sendiri tak tahu macam mana. Jadi tanpa lengah aku terus call
maksu dan sepupu yang berada di Selayang untuk inform diorang. Malam tu juga
kami bergegas ke Klang kerana abangku dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan
Rahimah Klang. Disebabkan jalan sesak kerana berlaku accident di Seremban maka
kami sampai lambat di HTAR. Semasa dalam perjalanan, kami dapat panggilan
daripada maksu kami yang mana dia adalah antara saudara yang awal sampai di
hospital, mengatakan doktor perlukan sign parents untuk buat operation. Maksu
kata yang abalong kritikal sebab ada darah beku di otak. Keadaan dia teruk dan
doktor perlukan segera. Abah dengan redha beri izin kepada maksu untuk wakilkan
pihak abah untuk tandatangan.
Waktu kami sampai hampir pukul 2 pagi. Dan masa tu abangku masih
di bilik operation. Sewaktu sampai aku melihat ramai kawan abangku berada
di hospital. Makcik2ku juga turut berada di sana. Kami dengan sabar menunggu
sampailah abalong ditolak keluar dari bilik operation. Sebelum dia ditolak
keluar, seorang doktor berbangsa cina keluar dari bilik itu dan mengatakan yang
pembedahan telah berjaya. Alhamdulillah, kami bersyukur. Selepas ditolak keluar
aku melihat wajah abangku berbeza dengan yang dulu. Kami semua sedih dan hanya
mampu tahan serta berdoa tanpa putus asa.
Abalong dimasukkan di ICU. Selama 6 hari abalong tak sedar di sana
sepanjang waktu itu, ramai sahabat2nya, lecturer2nya, rakan sekerja yang datang
menziarahi tak lupa juga saudara mara yang datang menjenguk. Mereka memberi
kata semangat kepada kami. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan insan2 yang
baik kepada kami.
inshaAllah akan bersambung ke entry yang seterusnya. Hadza wa
billahittaufiq.

No comments:
Post a Comment