Saturday, 16 November 2013

Graduation's Day

Bismillah~


Alhamdulillah kerana Engkau masih beri nafas kepadaku sehingga hari ini..



Aku bukanlah seorang yang hebat dalam AKADEMIK
bukan jua berbakat dalam bidang PENULISAN
kadang kala terasa penat mengejar cita-cita
Sejenak kemudian....
terlintas di fikiran
bagi kebanggaan Mak Abah
Aku mesti cuba yang terbaik 
Walaupun bukan daripada kalangan yang TERBAIK
KINI telah ku cuba yang terbaik dalam pengajianku


Alhamdulillah!! Segala pujian ku rafa'kan kepada Allah Ta'ala Tuhan Semesta Alam. Dengan Limpahan RahmatNya dengan segala usahaku serta dorongan, kekuatan & doa daripada mak abah serta sahabat-sahabat, lecturer-lecturer yang tidak pernah jemu mendidik kami, kini secara OFFICIAL-nya telah bergelar sebagai graduan bagi Diploma Pengajian Perniagaan, BM 111 / Alumni UiTM Alor Gajah, Melaka.. 

Kegembiraan di hati hanya Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui. :')
Aku tidak menunjukkan kegembiraan itu di hadapan mak abah memandangkan cita-citaku masih lagi belum tergapai malah masih bercita-cita ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi.




Apapun Terima Kasih mak abah yang telah banyak berkorban buat anakmu ini. InshaAllah, kakak cuba membuat mak abah terasa bahagia nanti.. Dengan IzinNYA.. Allahumma Ameen.. 

Kala itu aku terfikir..
Sampai bilakah harus aku mengejar dunia?!
Perlu aku seimbangkan keduanya..

Ya Allah, bimbinglah hambaMu yang faqir ini. Moga aku tidak tergolong dalam golongan yang sesat. Berilah aku petunjuk dan hidayahMu, tetapkanlah hatiku, Imanku, Amalku agar terus thabat dalam perjuangan kehidupan akhir zaman ini. 

Itu sahaja coretan buat entry kali ini. Moga Allah Ta'ala redha atas amalanku. 
Senyum... (^___^)



No comments:

Post a Comment