Friday, 27 December 2013

Teringin Sekali Daku

Bismillah..

Huhhh...huhhhh..(meniup)
Blog sudah berhabuk.. huhu



 Alhamdulillah Allah Ta'ala masih pinjamkan nafas untukku hari ini. Lama sudah aku tidak mengupdate disebabkan abangku meminjam laptop kesayanganku yang hampir uzur ni. Allahhh..

Ok, aku nak cerita tentang sesuatu yang mana membuatkan adik aku yang agak nakal insaf seketika. Aku selalu berdoa kepada Allah Ta'ala supaya pertemukan dia dengan seseorang yang boleh membimbing dia. Alhamdulillah, waktu dia PLKN Allah telah menemukan dia dengan seorang ustaz yg mana beliau juga merupakan pelatih PLKN di Juasseh.

Allah Ta'ala Maha Mengetahui setiap apa yang ada di dalam hati hambaNya. Adik aku selalu cerita tentang ustaz yang selalu beri nasihat dan bimbingan kepadanya. Aku bersyukur tak terhingga akan nikmat Allah itu. Adikku mengatakan bahawa beliau lepasan Al-Azhar dalam jurusan Bahasa. Kini menyambung Master di KUIM. MasyaALLAH, tak sangka orang hebat yang membimbing adikku. Nama insan itu andai tak silap Muhammad Khoir Saidina Abu Bakar.. wallahu'alam.

Gembira tak terkata hatiku. Cuma aku tak menunjukkan saja. Tapi apa yang menyedihkan, bila habis saja PLKN, adikku kembali nakal seperti biasa. Allahuu..

Sedih tak terkata aku. Aku mengharapkan seseorang seperti ustaz itu dapat membimbing adikku. Orang luar yang dia amat respect. Kami sekeluarga banyak kali menasihatinya namun nasihat kami tak diambilnya. Aku berdoa agar Allah Ta'ala menemukan kembali adikku Abdul Qaiyum Rahim dengan insan yang hebat seperti ustaz itu. Moga beliau dikurniai kesejahteraan oleh Allah selama dia bersama dan menasihati adikku pada waktu yang lepas. Allahumma Aameen.


No comments:

Post a Comment