BISMILLAH...
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
------
------
Aku mempunyai seorang sahabat yang belajar di
Iskandariah, Mesir. Sahabatku ini ada
menceritakan detik cemas yang pernah berlaku di Masjid Nurul Islam di sana.
gambar hiasan-
Ketika itu solat Jumaat..Sebaik sahaja imam selesai berkhutbah,iqamah
dilaungkan bilal..Solat jumaat diteruskan,diimami imam muda yg bersuara merdu
dan bagiku begitu merendah diri dengan akhlaknya..Ketika sedang qiam,tiba2 seorang
makmum yang berada di sebelahku terjatuh dalam keadaan yang sangat
menyakitkan..
Bayangkan, ketika sedang berdiri lurus dia terjatuh dalam
keadaan mukanya terhempap dulu ke lantai masjid.. Aku terkejut. Ya Allah
perlukah aku menolong, terlintas di fikiran yg mana lebih afdhal sama ada
meneruskan solat atau membantu orang itu yang agak berumur..
Dalam kepayahan, sang makmum mencuba untuk berdiri dan
meneruskan solatnya..(di mesir, adalah kebiasaan bg para imam membaca surah2 yg
panjang ketika mengimamkan solat). Ah
mungkin di fikiranku sakitnya tidaklah terlalu serius.. Selesai imam memberi
salam,ramai jemaah datang mengerumuninya...
Ya Allah saat itu aku melihat dengan
mata kepalaku sendiri,hidungnya berdarah dengan pendarahan yang agak banyak. Aku
dapat melihat betapa sukar dia bernafas..Berbelas-belas tisu bahkan mungkin
berpuluh2 dihulurkan kepadanya, namun darah tidak henti mengalir..Patahkah
hidungnya, tidakkah dia merasa sakit..Demi Allah pada saat itu ada sepasang
mata mengalirkan air mata melihatkan peristiwa tersebut..
Sungguh di hati ini terbit perasaan takjub..Iman tahap
apakah yg berada dalam hatinya kala ini.. Bagaimana dia sanggup menghabiskan
solatnya dalam keadaan kepayahan begitu..Teringat kisah para sahabat
Rasullullah..
Saidina Ali yg mencabut panah ketika solat tanpa
sedikitpun merasa sakit..terbayang di mata bagaimana seorang sahabat meneruskan
solat walau masjid tempat dia solat runtuh di sekelilingnya..Jika inilah
kualiti solat yg diterima maka aku kalah ya Allah..Sungguh aku jauh dari solat
seperti ini..
Sang makmum itu bukanlah seorang pemuda yg gagah
kudratnya,bukanlah seorang mujahidin yang sedang berjuang..Dari luaran dia
hanyalah seorang yg biasa, berpakaian seperti kebanyakan orang ramai.
Namun hatinya, imannya masha Allah.. Dia malu untuk
menghentikan solatnya ketika sedang berhadapan dengan Allah walhal keperitan yg
ditanggungnya kala itu tidak terperi..Saat itu aku terfikir, adakah Allah
menerima segala ibadahku selama ini..
ketika aku membaca Al Quran,adakah
tumpuanku sepenuhnya kepada Allah..
Ketika solat,adakah khusyukku mencapai tahap maksimum yg
ditetapkan Allah..Jika tidak, bagaimana aku harus berhadapan dgnMu ya Allah di
mahsyar nanti, tidakku sanggup utk berdiri menjawab soalan-soalanMu dgn diri
tidak membawa secebis amalan pun..Ampuni hambaMU ya ALLAH...
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul
(Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran
(Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya
berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama
orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian
Muhammad)”.
(Al Maidah: 83)












