Tuesday, 15 January 2013

Betapa Teguhnya Hati Itu


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

------
Aku mempunyai seorang sahabat yang belajar di Iskandariah, Mesir.  Sahabatku ini ada menceritakan detik cemas yang pernah berlaku di Masjid Nurul Islam di sana.

gambar hiasan-

Ketika itu solat Jumaat..Sebaik sahaja imam selesai berkhutbah,iqamah dilaungkan bilal..Solat jumaat diteruskan,diimami imam muda yg bersuara merdu dan bagiku begitu merendah diri dengan akhlaknya..Ketika sedang qiam,tiba2 seorang makmum yang berada di sebelahku terjatuh dalam keadaan yang sangat menyakitkan..
Bayangkan, ketika sedang berdiri lurus dia terjatuh dalam keadaan mukanya terhempap dulu ke lantai masjid.. Aku terkejut. Ya Allah perlukah aku menolong, terlintas di fikiran yg mana lebih afdhal sama ada meneruskan solat atau membantu orang itu yang agak berumur..



Dalam kepayahan, sang makmum mencuba untuk berdiri dan meneruskan solatnya..(di mesir, adalah kebiasaan bg para imam membaca surah2 yg panjang ketika mengimamkan solat).  Ah mungkin di fikiranku sakitnya tidaklah terlalu serius.. Selesai imam memberi salam,ramai jemaah datang mengerumuninya... 


Ya Allah saat itu aku melihat dengan mata kepalaku sendiri,hidungnya berdarah dengan pendarahan yang agak banyak. Aku dapat melihat betapa sukar dia bernafas..Berbelas-belas tisu bahkan mungkin berpuluh2 dihulurkan kepadanya, namun darah tidak henti mengalir..Patahkah hidungnya, tidakkah dia merasa sakit..Demi Allah pada saat itu ada sepasang mata mengalirkan air mata melihatkan peristiwa tersebut..


Sungguh di hati ini terbit perasaan takjub..Iman tahap apakah yg berada dalam hatinya kala ini.. Bagaimana dia sanggup menghabiskan solatnya dalam keadaan kepayahan begitu..Teringat kisah para sahabat Rasullullah..
Saidina Ali yg mencabut panah ketika solat tanpa sedikitpun merasa sakit..terbayang di mata bagaimana seorang sahabat meneruskan solat walau masjid tempat dia solat runtuh di sekelilingnya..Jika inilah kualiti solat yg diterima maka aku kalah ya Allah..Sungguh aku jauh dari solat seperti ini..


Sang makmum itu bukanlah seorang pemuda yg gagah kudratnya,bukanlah seorang mujahidin yang sedang berjuang..Dari luaran dia hanyalah seorang yg biasa, berpakaian seperti kebanyakan orang ramai.




Namun hatinya, imannya masha Allah.. Dia malu untuk menghentikan solatnya ketika sedang berhadapan dengan Allah walhal keperitan yg ditanggungnya kala itu tidak terperi..Saat itu aku terfikir, adakah Allah menerima segala ibadahku selama ini.. 


ketika aku membaca Al Quran,adakah tumpuanku sepenuhnya kepada Allah..
Ketika solat,adakah khusyukku mencapai tahap maksimum yg ditetapkan Allah..Jika tidak, bagaimana aku harus berhadapan dgnMu ya Allah di mahsyar nanti, tidakku sanggup utk berdiri menjawab soalan-soalanMu dgn diri tidak membawa secebis amalan pun..Ampuni hambaMU ya ALLAH...


“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. 
(Al Maidah: 83)

No comments:

Post a Comment