BISMILLAH...
“Sesungguhnya
orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan
orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.
Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).
hmm.. aku termenung sejenak tatkala memikirkan ayat suci ini..
sampai begini Allah menjaga aib orang Islam..Tapi kita, sudah berapa kali
kita membocorkan maksiat kita kepada orang lain, sudah berapa kali agaknya kita
mempamerkan perbuatan dosa kepada orang ramai.. Na ‘udzubillah!
***********
Kekasih kita pernah bersabda;
“Semua umatku akan
dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat.
Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi
pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku
melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah
menutupnya.”
(Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).
Cuba tengok balik diri kita.. Check facebook, blog kita & sebagainya..
Gambar-gambar yang kita letak, gambar kita pergi melancong, rehlah dan
sebagainya..luluskah gambar itu di sisi Allah.. Adakah gambar yang kita
pamerkan itu semuanya dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna..
Ada yang mempamerkan gambar keluarga dan teman istimewa masing-masing..
Tidak kurang gambar sahabat handai, kawan serumah.. Namun adakah kita bertanya
terlebih dahulu sebelum memasukkan gambarNya ke dalam facebook.. Adakah kita
mengambil berat tentang perkara ini.. Mungkin sahaja Dia tidak selesa dengan
perbuatan kita itu..
Sebagai contoh, sahabat kita seorang perokok atau kaki ‘shisha’.. Dan kita
dengan selamba menyebarkan gambarnya ke dalam facebook.. Ya mungkin kita
sendiri tidak kisah orang tahu kita penggemar 'shisha'. Tapi bagaimana dengan
sahabat kita itu.. Adakah dia redha ramai insan melihatnya menghisap ‘shisha’..??
Renung-renungkanlah.. Sudah cukup kita membuka pekung di dada, dan sudah
sampai masanya kita sedar akan perkara ini..
Ada dalam satu hadis Rasullullah mengingatkan umatnya;
"Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup
keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi
hambanya itu menolong saudaranya."
(Muslim & Abu Daud)
(Allah! terukkan kita ni..elok2 Allah dah sembunyikan dosa kita, kita sendiri yang 'baik hati' beri tahu pada orang lain....kita mengaku diri hamba Allah, tapi sayang, perlakuan kita jauh berbeza dgn pengakuan itu.....semoga Allah ampunkan kita)
(Allah! terukkan kita ni..elok2 Allah dah sembunyikan dosa kita, kita sendiri yang 'baik hati' beri tahu pada orang lain....kita mengaku diri hamba Allah, tapi sayang, perlakuan kita jauh berbeza dgn pengakuan itu.....semoga Allah ampunkan kita)


No comments:
Post a Comment