BISMILLAH...
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
------
------
SMS, call pagi
petang siang malam akhirnya menjebak si dara & si teruna yang saling
merindui & bercinta untuk “berdating”.
#Mula-mula
sekali lepas itu berkali-kali. Astaghfirullah!
"Ayang, abang sanggup lakukan apa
sahaja untuk ayang," janji si teruna.
"Ayang pun sanggup serahkan jiwa
& raga demi abang," balas si dara dengan wajah yang berseri-seri.
"Jika benar kata ayang, apa
buktinya??"
Jeng jeng jeng........
sudah!
Kuat betulkan magnet si teruna & dara ni?..huhu
Patutlah Allah SWT
larang hampiri zina sama ada dengan hati, lisan ataupun perbuatan, apatah lagi
berzina dengan sengaja ataupun tak, bercinta sebelum kahwin sangat terdedah
kepada
"nyamuk-nyamuk
ikhtilat" (pergaulan bebas yang menghampiri zina)
Pernahkah
kata & janji seindah teruna & dara kita lafazkan kepada Pencipta cinta?
Bukankah
Dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat cinta kita?
Dimanakah Allah dihati kita?
Kadang-kadang cinta ini bagaikan singa & pedang
berkuasa, gah & hebat di tangan si
pemegangnya
Cinta ini jadikan yang hina menjadi
mulia
yang miskin jadi kaya,
yang kaya jadi dermawan & yang
melarat menjadi terhormat.
Cinta sebeginilah yang Allah SWT redhai iaitu cinta kepada
Allah, Rasulullah SAW, ilmu, keluarga, perjuangan & seumpamanya.
Kadang cinta ni jadi bencana..
Mengundang banyak sengsara, derita
& penyesalan. Na’uzubillah!
Kadang cinta jadi macam arak yang
memabukkan
Khayal & tenggelam.
Hilang arah tujuan.
Inilah cinta sebelum pernikahan.
Cinta macam ini banyak ditagih oleh pemuda-pemudi zaman
ini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tak mampu menikmati manisnya
nasihat & teguran.
Cinta itu fitrah setiap insan
Prof. Syeikh
Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam wa al-Hub menulis :
"Cinta itu ialah kecenderungan
kepada sesuatu."
rasa minat,
kagum, rindu, teringat, suka, cinta & sayang kepada seseorang ialah fitrah
setiap insan.
Perasaan
indah ini singgah tiap hari. Tiada siapa terkecuali. Semua orang akan
merasainya. Itulah petanda seseorang itu normal & sihat. Fitrah ini akan
tetap fitrah bila mana ia berhias istighfar & mujahadah. Bersyukurlah
kerana rasa mencintai itu adalah nikmat yang berharga dari Allah buat hambaNya
yang dikasihi berbanding makhluk-makhlukNya yang lain.. ^_^
Cinta
itu fitnah
Hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan
anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut, & telinga untuk bertindak
bertentangan dengan syariat. Bila lisan & perbuatan mula melaksanakan
arahan hati itu, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Fitrah menodai serakah. Walaupun hati akur yang fitrah cinta ialah anugerah Allah SWT akhirnya,
hati juga ingkar bahawa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Allah.
Apa-apa yang Allah SWT haramkan, dilakukan. Apa-apa yang Allah perintahkan,
ditinggalkan. Demi cinta, segala-galanya menjadi "halal" . Kerana si dia, Allah dipersia. Na'uzubillah!
Cinta
barakah..
Cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah
barakah. Barakah itu mungkin di dunia, mungkin juga di akhirat. Lebih indah
jika barakah itu pada kedua-duanya sekali, di dunia & di akhirat.
Cinta yang barakah akan terus bersemarak indah dalam
ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama. Namun andai tiada jodoh di dunia,
cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk
lazatnya redha pada ketentuanNya. Insha ALLAH!
#Sumber : Fatimah Syarha Mohd Nordin,
(2011), Solusi Isu No (36), Telaga Biru Sdn. Bhd dan “diedit”oleh Afiqah Rahim






No comments:
Post a Comment