Bismillah...
Assalamu'alaikum dan salam sayyidul ayyam.
Hari ini tiba-tiba hati menjadi sedih tatkala mengimbau kembali kenangan lalu. Terkenangkan sahabat yang amat aku sayangi Muhamad Khusyairi Md Nor. Dia seorang sahabat bahkan sudah aku anggapnya bagaikan abangku sendiri. Dia telah pulang kepada Allah Yang Esa pada tahun 2009 iaitu 15/1 bersamaan hari Khamis pukul 3.30 petang.
Pemergiannya memberi impak yang amat besar kepadaku serta sahabat-sahabat yang lain. Aku bersahabat dengannya sewaktu aku kecil berumur 10 tahun sehinggalah saat pemergiannya 17 tahun. Arwah banyak membantuku terutamanya dalam kehidupanku. Dia banyak menasihatiku, selain itu dia juga tahu akan masalah kewangan yang aku lalui waktu dulu sehingga dia sanggup mencarikan aku biasiswa untuk belajar supaya ringan beban mak abah aku.
Pantas sahaja manik-manik putih membasahi pipiku tatkala hati terbayangkan wajah sahabatku itu. Andaikan dia itu perempuan, ingin sahaja aku mendakapnya.. Ya Allah, rahmatilah rohnya, tempatkanlah dia bersama orang-orang yang soleh dan para sahabat. Ameen Ya Rabb.

No comments:
Post a Comment