Tuesday, 3 September 2013

Kini Kembali

Bismillah...

Assalamu'alaikum. Bersarang sudah blog aku ni memandangkan dengan pelbagai hal duniawi yang aku tak dapat nak elakkan. Tapi alhamdulillah, sehingga hari ini Allah masih sayangkan aku lagi sebabnya dia masih pinjamkan aku nyawa ini untuk satu hari lagi..

Ramadhan sudah, Syawal pun sudah.




Detik-detik ni terasa sangat pantas sekali. Kejap saja masa berlalu. Aku hampir tidak sedar yang aku juga telah mencapai usia 21 di muka bumi ni. Allah!

Allah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!

Aku takut kerana banyak lagi amal yang aku tak sempurnakan. Terlalu banyak maksiat yang aku telah buat. Adakah Dia Si Penciptaku benar-benar menerima solatku, ibadahku sepanjang 21 tahun ni?? Allahu Robbi!



Aku sentiasa mengharapkan keredhaanNya dalam hidup di dunia ni. Tapi apakah benar pengharapan ini datangnya daripada lubuk hatiku? Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yang hina lagi dina ini!

Patutlah Kau berikan berbagai ujian dalam hidupku ini. Mungkin kerana Engkau mahu melihat apakah aku ini seorang hamba yang bersyukur? Ampunkan aku Ya Allah, Ya Robbul 'Izzati!!



Apa yang aku sentiasa mohon yang esok adalah lebih baik dari hari ini. Moga mentari menyinar ceria dalam hidup keluargaku terutamanya, sahabat-sahabat yang sangat aku cintai di dunia ini, guru-guruku yang pernah mendidik aku serta umat akhir zaman ini.

"Ingatlah bait-bait lirik Hijjaz;
               hidup tak selalunya indah, langit juga tak selalunya cerah.."



No comments:

Post a Comment