Tuesday, 3 September 2013

Kesayanganku Yang Hilang

Bismillah...

Assalamu'alaikum. Aku terasa tahun 2013 ini bagaikan tahun dukacita buat kami sekeluarga. Mungkin mereka di luar sana hanya melihat kami gembira tapi hakikatnya tidak dalam hati kami.



Aku kehilangan 3 orang insan dalam hidupku. Atuk aku sendiri pergi menghadap Ilahi, aku bagaikan tak percaya pemergiannya kerana seminggu sebelum pemergiannya dia datang ke Melaka & duduk di rumah aku selama seminggu. Kegembiraannya selama berada di rumah aku terserlah di wajahnya.. dengan layanan yang mak aku berikan kepada arwah atuk, sehinggakan atuk berkata

"atuk nak duduk rumah kakak boleh? nanti atuk bagi abah duit sikit siapkan rumah ni..buatkan satu bilik untuk atuk. Jadi atuk tak payahlah nak pinjam bilik kakak lagi.. nanti atuk ada bilik sendiri kat rumah ni.."

Allah! sayunya bila terkenang balik kata-kata atuk tu.

Insan yang kedua kembali kepada Sang Pencipta adalah atuk saudaraku yang menetap di Klang. Aku suka melihat wajah arwah ketika dia masih hidup lagi. Setiap kali datang ke rumah atuk, dia pasti tersenyum. Senyumannya tak pernah lekang di wajahnya. Seorang yang pendiam dan sangat pemalu orangnya.

sehinggakan waktu dia terlantar sakit, dia tak pernah membenarkan seorang nurse perempuan untuk memegangnya apalagi menyalinkan pampers untuknya. Atukku ini sangat-sangat menjaga & prihatin dalam hal ini.

Insan yang ketiga merupakan nenek saudaraku yang menetap di Alor Gajah. Nenek seorang yang sangat peramah. Waktu aku menuntut di UiTM Alor Gajah dulu, nenek selalu ajak aku datang rumah terutamanya waktu tengah hari untuk makan kat sana.. nenek kata:  "jimat duit kau kakak"

tapi aku tak pernah pun ke sana sebab takde transport. Kalaulah ada tiap-tiap hari aku balik rumah nenek.
Bila tibanya saat pemergian 3 orang insan yang sangat aku sayangi ni aku terasa bagaikan tak percaya. Setiap seorang pergi meninggalkan kami semua dalam masa 3 bulan berturut-turut. Mula-mula atuk yang tak lekang senyuman di bibirnya, atuk aku sendiri & nenek. Kullu nafsin zhoiqatul maut..Setiap diri akan merasai mati.



"Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih tahu sesuatu yang lebih baik untuk hambaMu ini. "


No comments:

Post a Comment