Saturday, 29 December 2012

Dakwah Itu Cahaya


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

------


Da’wah Islam yang begitu kerap dilaung-laungkan pada hari ini takkan tertegak selagi mana para da’ienya tak menyalakan obor mereka pada waktu malam.




Cahaya da’wah juga takkan dapat bersinar & memecahkan kegelapan jahiliyah kurun ke-20 ini selagi mana penyokongnya tak melaungkan “Ya Qayyum” di waktu subuh yang sunyi daripada kesibukan duniawi.


Aku bukanlah orang pertama yang mengatakan hal ini. Sebenarnya ia wasiat Hassan Al-Banna ketika beliau berkata pada para da’ie “Minit-minit malam itu amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tak bernilai dari kealpaanmu”.


Sedarkah kita untuk kembalikan ciri utama ini, atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang mungkinkan kita bermalas-malasan??? Kita gunakan alasan sibuk dalam da’wah & tarbiyah untuk berehat daripada menghidupkan malam dengan ibadah & doa.


“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar& mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk; (iaitu)mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA.” (al-Baqarah:45-46)



Sesungguhnya kata-kata Allah tak pernah berubah. Tapi, kita dah murahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan hingga terlupa tanggungjawab & amanah yang dah diberikan terasa amat berat. Malah, kelihatan tiada satu pun urusan kita yang dimudahkan Allah!


Kemenangan da’wah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun tapi terletak pada kemnbalinya insan yang ikhlas kepada “adat kebiasaan” generasi awal. Bila hati mula jadi suci dengan taubat & mula tersentuh dengan tiap peringatan yang diberikan, maka ia menjadi penebus kesilapan yang terjadi waktu kealpaan diri yang lepas. Inilah syarat yang mesti ada!



Sujud di mihrab/sejadah & istighfar pada waktu sahur & air mata munajat, semua itu adalah ciri-ciri yang hanya ada pada orang mukmin. Jika seorang duniawi menyangka syurganya ialah wang, wanita, istana tapi syurga orang mukmin pada mihrabnya/sejadahnya.


Begitulah para dai’e memperoleh bekalannya yang tak menumpukan hanya melalui fizikal tapi apa yang paling penting apa yang dirasai oleh jiwanya yang suci lagi penuh bercahaya.

#Karya Dr Qamarus Salam Yusuf

Friday, 28 December 2012

Si Pembuat KOPI


(mengambil iktibar daripada pak cik Yoshi, si pembuat kopi)


BISMILLAH...


Pak cik Yoshi gemar & pandai membuat kopi. Kerja pembuat kopi ini tak semudah yang disangka. Kopi yang terbaik adalah kopi yang cukup airnya, sesuai suhunya & dikisar dengan baik bijinya.



Terkesan dengan perisitwa tsunami di Jepun, pak cik Yoshi dengan van volkswagennya mengunjungi mangsa tsunami untuk kongsi kopi bersama mereka. Alunan lagu daripada koleksi piring hitam pak cik Yoshi juga turut menghiburkan mangsa tsunami yang sambil menikmati kopi percuma Pak cik Yoshi. Kehadiran pak cik Yoshi sentiasa dinantikan oleh mangsa tsunami kerana bukan sahaja beliau membawakan kopi untuk mereka bahkan tak lokek untuk mengajar mereka bagaimana nak membuat kopi.

 Beliau tak pernah merasa asing andai ilmunya itu dieksplotasi oleh orang lain kerana niatnya ikhlas mahu bantu & meringankan beban mereka. Baikkan pak cik Yoshi kita ni??


Sekarang apakah kaitan pak cik Yoshi dengan kita di Malaysia ni yang beribu batu jauhnya?? 

Dapatkah kita juga merasa kelazatan kopi bancuhan pak cik Yoshi? Dalam tarbiyyah, kita diajar & dididik oleh murabbi kita. Tapi itu tak semudah ABC, kerana kita dididik dengan penuh cinta sehinggalah kita mahu untuk bergerak jadi seorang AKTIVIS DA’WAH. Andai kita adalah biji kopi tapi tidak dikisar dengan elok, mungkin kopinya tak sesedap rasa. Andai kita adalah serbuk kopi 3 dalam 1yang dah sedia di bancuh, buat apa dikisar lagi?? Tapi tak dijami kesedapannya kerana belum tentu ia dibancuh dengan air & suhu yang sesuai. Setiap dari kita berbeza, Cuma perlu difahami & ditarbiyyah mengikut cara yang sesuai. Ada yang suka dipeluk, dicium & ada yang suka bertepuk tampar, ada yang boleh terus berlari & ada yang perlu diajar berdiri.



Tarbiyyah juga menggerakkan kita untuk berkongsi nikmat tarbiyyah dengan yang lain. Seperti pak cik Yoshi, dia sedar bahawa mangsa tsunami itu sedang dalam keperitan & kesedihan. Apa yang boleh dia berikan sedikit sebanyak ialah alunan lagu & secawan kopi untuk mengubatu luka mereka. Sepatutnya kita juga sedar bahawa ramai sahabat Muslim kita jauh daripada ISLAM yang SEBENAR juga sedang dalam keperitan & kedukaan IMAN mereka, cumanya mereka tak sedar.



Andai alunan lagu & secawan kopi boleh menggembirakan mangsa tsunami, bagaimanakah dengan TARBIYYAH ISLAMIYYAH kepada mangsa JAHILIYYAH yang nikmatnya jauh lebih lazat daripada kopi pak cik Yoshi??

Semoga ALLAH merahmati setiap yang mengambil ibrah dari kisah ini. 


#Karya asal oleh Hadi Pahmi / Di "edit" oleh Afiqah Rahim

Thursday, 27 December 2012

Jodohmu mungkin di tempat lain


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-------

Beberapa bulan yang lepas, aku mendapat mesej 

“Assalamu’alaikum sahabat2ku mujaheed & mujaheedah, insha ALLAH malam ini kita akan ada usrah seperti biasa di Masjid Al-Hikmah tepat pukul 9 malam. Jemput datang ye..” 

Lepas kelas aku pun bertanya sahabat yang lain adakah mereka pun dapat mesej seperti aku. Ternyata kami semua mendapat mesej yang sama.


*******



Lepas solat maghrib di bilik masing-masing, kami bersepakat untuk solat berjemaah ketika waktu Isya’ nanti. Jadi aku pun bergegas turun ke masjid takut-takut terlepas berjemaah nanti. Apabila selesainya solat Isya’ yang diimamkan oleh Imam Hanif Hashim, kami pun duduk bersama dengan membuat bulatan. Seperti biasa kami mulakan usrah kecil kami dengan membincangkan mengenai pelbagai isu.

Dan mulalah perbincangan kami dengan tajuk yang paling HOT untuk siswa/siswi seperti kami iaitu JODOH.


Aku memang suka mengusik sahabat aku ni. Maklumlah daripada caranya nampak macam pendiam, tetapi diam2 ubi berisi.. Mulalah dialog kami..


===================


Aku : Izati macam mana? Dah berpunya ke? Manalah tahu kan dia dah berpunya tapi senyap je, taknak bagitau kitorang pun.. hehe..

Zakiah : A’ahlah Zati.. diam je daripada tadi. Macam ada something je yang Zati sembunyikan daripada kitorang ni. Cubalah cerita dengan kitorang. Manalah tahukan kitorang boleh bantu ke..??

Izati: Eah.. mana ada. Awak ni Ika & Zakiah!  Pandai-pandai je cakap orang. Manalah tahu sebenarnya kamu tu da berpunya. Huh.. (Izati mengeluh). Sebenarnya macam ni kisahnya. Saya ada menyimpan perasaan terhadap seseorang. Saya dapat tahu yang dia dah berpunya. Tapi saya masih tak dapat pastikannya adakah benar si dia tu dah berpunya atau belum. Saya cuma mendengar khabar je.

Aku & Zakiah : owh..(kami menjawab serentak). Macam tu rupanya..
Aku tersenyum kerana dia sudi kongsi dengan kami.

Aku: Jadi aku pun mulai berbicara dengannya. Izati sahabatku.. Jodoh itu rahsia ALLAH. Hanya dia yang tahu di mana & bagaimana jodoh kita. Kita ini ada lagi tanggungjawab yang lebih besar iaitu BELAJAR. Kita dihantar oleh ibu bapa kita ke sini untuk menuntut ilmu. Ilmu ALLAH tu amat luas sekali. Ungkapan jodoh, usah kita fikir waktu ini kerana ia bukan masa yang sesuai sekarang untuk kita mencari siapakah imam kita nanti.. 

ALLAH kan dah berfirman; 


“Wanita yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.” Hanya kita perlu yakin dengan janji ALLAH. Kita tetaplah berdoa kerana ia merupakan salah satu usaha kita.

Zakiah: betul tu Ika. Jangan pula kita langsung tak fikirkan soal jodoh. Kita manusia biasa, tak lengkap. Jadi sebab itulah ALLAH jadikan kita hidup berpasangan kerana masing-masing saling melengkapi.

Aku: Mungkin si dia yang Izati suka tu bukanlah jodoh Zati yang sebenar atau mungkin boleh jadi dialah jodoh Zati.. siapa tahu?? Apa yang pasti Zati doalah banyak-banyak. Istikharah jangan tinggalkan pula ye.

Izati : Insha ALLAH. Terima kasih sahabat-sahabatku.

Zakiah: Selain jodoh banyak lagi nikmat yang ALLAH beri pada kita, jadi bersyukurlah atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita. Betul tak Ika?

Aku: Betul tu! Tiba-tiba ika teringat kata-kata ALLAH dalam Al-Quran; “ Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”

Izati: Terlalu banyak nikmat yang terus datang & melimpah kepada kita. ALLAHU AKBAR!  Astaghfirullah! barulah Izati tersedar yang selama ni Zati hanya mengikutkan perasaan semata-mata kerana ternanti-nanti akan cinta si dia tu. Tapi Zati terlupa nak kejar cinta si DIA ALLAH Tuhanku. Zati lalai sangat dalam cinta sementara sedangkan CINTA ABADI sedang menunggu Zati. YA ALLAH ampunkanlah aku yang lalai mengingati-MU. (nada Zati dalam kesedihan)


Aku & Zakiah memujuknya, dan kami beritahu berita gembira kepadanya yang ALLAH sentiasa menerima TAUBAT hambaNYA. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu & DIA MAHA MENGAMPUNI.




( Ya ALLAH, aku rasa bagaikan tak larat untuk meneruskan hidupku lagi. Tapi apakan daya itu semua adalah masa depanku. Dalam menghitung hari-hari untuk melangkah ke 2013 terlalu banyak perkara yang akan membuatkan aku bertambah lalai dengan dunia ini. YA ALLAH YA QAYYUM.. Pimpinlah aku ke jalanMU. Jangan biarkan aku terlena dengan mimpi sementara di dunia ini. ALLAHUMMA AAMEEEEN.)

#Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak berkait yang hidup mahupun yang tiada lagi..cehhh.. ^_^


Perpisahan Itu


Azan berkumandang, turun dari rumah melangkah kaki ke rumah seorang sahabat, tujuan asal untuk sama-sama study. 'Aku turun sekarang tau, nanti solat kat masjid dekat rumah kau, ok jumpa kat masjid..Assalamualaikum..' Suhu yang sejuk memaksa diri untuk mengambil sweater di dalam almari.

Selesai solat, sama2 berjalan ke rumahnya. Alhamdulillah waktu bersama sahabat itu sering kali menenangkan, apabila meluahkan segala masalah2 persatuan, masalah rumah, dan juga masalah hati. Biasalah, perkara seperti ini bukan boleh diberitahu kepada semua orang kan..

Malam itu kami belajar bersama, walau masing2 menghadap buku sendiri kerana department yang berbeza jadi tidak ada perbincangan akademik. 'Jom tidur sekarang, nanti sama2 bangun qiamullail nak..' Aku tersentuh dengan ajakan itu, jadi teringat kepada sebuah hadis ;

 "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Tepat jam 4 pagi, alarm berbungi memecah kesunyian. Masing2 tidak mahu melangkah ke tandas : 'Kau pergilah ambil wudhuk dulu..sejuk ni ha..' 'Tak payah ngada, kau pergi dulu..aku tetamu je..' Kemudian, terlihat seorang sahabat membuka laptop lalu log in facebook.. Melihatkan itu, seorang lagi menegur ; 'Tak elok macam tu..bangun2 tidur terus cari facebook, dalam fikiran terus melayang kepada dunia..macam mana Allah tak cemburu..'

Gulp! Tersentap... 'Betapa kotornya hati itu, entah Allah sudah diletakkan ranking ke berapa dalam hati..' Sepatutnya biarlah dunia datang selepas segala urusan ukhrawi selesai dilakukan. Selepas qiamullail, solat subuh berjemaah dan mathurat, selepas itu jika mahu fikir dunia silakan.. Namun untuk sebelum itu, tahan dan banyakkan istighfar.

Jika datang juga, tepis jauh2..Luahkan dulu kepada Allah, tidak syak lagi Dia akan selesaikan segala masalah kita. Cukuplah dengan berserah, selepas itu usaha dan yakinlah dengan keajaiban tawakal.

***************

Tiba2 terasa hati terasa berat mengenangkan pembubaran kami nanti. Aduhai kenapa ia harus dirombak semula... Setelah lebih setahun membina ikatan hati, kini segala2nya harus bertukar selepas kami mula rapat.

Allah, bagaimana mahu gambarkan, dalam hati kami sudah terlalu sayang antara satu sama lain. Seolah2 hati kami menjadi satu setiap kali bertemu, bait2 perkataan yang diluahkan mampu menyentuh hati yang lain, lalu suasana sekeliling menjadi saksi betapa indahnya ukhwah kerana Allah..

Aku sangkakan, hanya aku yang merasai kepedihan ini, ternyata sangkaanku salah...bahkan adik2 turut berkongsi kegusaran itu. Oh tuhan mungkinkah segala2 yang sedang berlaku ini diubah semula, mungkinkah rombakan ini hanya berlaku di dunia khayalan...kerana, kami tidak sanggup..menghadapi pedihnya perpisahan...





Dalam usrah kecil inilah melatih diri untuk menyusun kehidupan menjadi lebih teratur, terutama apabila menyedari dia menyertai lebih dari satu usrah, mempunyai amanah lain dalam persatuan dan dalam masa yang sama bergelar pula seorang mahasiswa.

'Akademik adalah nombor satu..namun persatuan dan usrah bukanlah di tempat kedua dan ketiga..semuanya harus bergerak seiring..'

Saat ini, barulah terkinja2 mencari dan membelek kembali sesuatu yang pernah dipelajari dahulu kala iaitu fiqh aulawiyat (keutamaan). Sering kali program persatuan bertembung dengan masa usrah. Lalu di sini, ambil masa seketika dan perhatikan yang mana lebih awla. Tidak sekali diri terpaksa ponteng program kerana menghadiri usrah selepas diperhatikan yang mana lebih besar manfaat dan lebih kecil mudharatnya.

---------------------------

Terkadang, kita terlalu berkejaran menganjurkan program, lalu kepenatan menguasai diri selepas itu. Kita terlupa bahawa jiwa juga memerlukan 'program' sendiri iaitu pengisian rohani. Apabila membaca dan mentadabbur ayat2 Allah di dalam usrah, berbincang isu semasa dan sesekali ada yang meluah perasaan di hati, maka di situ ada ketenangan tersendiri.

Di sini, ingin berpesan kepada semua sahabat, adik2, diri sendiri terutamanya, kemanisan berusrah itu datangnya dari Allah, kerana Dia yang memberi rasa kasih sayang dalam hati masing2. Namun dalam pada itu, kita sendiri yang harus menggerak dan mencorakkan bagaimana kita ingin usrah itu berjalan.

Ada yang terlalu mengharap kepada orang lain dan dia sekadar menunggu, maka usrah itu menjadi hambar dan tidak berjalan. Jangan seperti itu. Seperti juga perkahwinan, jika kita hanya menunggu respons dari pasangan untuk membahagiakan kita, tak ke manalah rumah tangga itu, akhirnya masing2 bermasam muka.

*************


Kebelakangan ini, kerap kali timbul kontroversi panas dengan pandangan ustaz dan kerajaan yang mengecewakan ummah. Sang ustaz dengan fatwanya bahawa tiada jihad di Palestin dan kerajaan Malaysia dengan sokongannya terhadap kerajaan Basyar Laknatullah di Syria malah tidak membenarkan sebarang kutipan derma untuk mujahidin yang sedang berjuang.

'Seandainya kelak negara kita ditakdirkan berperang (naudzubillah), mungkin orang2 seperti inilah terlebih dahulu lari meninggalkan medan perang..'

Semoga Allah memelihara kita daripada menjadi parasit kepada perjuangan Islam. Kita rasa dah selesa dah dengan perjuangan kita, konon2nya selalu membawa kebaikan kepada orang lain. Namun yang berlaku sebaliknya, ternyata kitalah yang melambatkan proses kemenangan Islam...

(Kini, kesibukan kembali mengejar..Ingatkan dah tiba ke hujung tahun makin boleh berehat, namun Dia tahu masa lapang boleh memperlahankan langkah kaki ini..lalu Dia beri lagi amanah walau dari unsur berbeza.. Sekurang2nya, ia mampu melarikan seketika fikiran ini.. alhamdulillah... (^_^ )

CANTIKNYA SEORANG WANITA

BISMILLAH...

Mata yang redup selalu menjeling tajam. Boleh jadi pada bibir yang sentiasa tersenyum.
Sejuta perkataan mungkin tak dapat diungkapkan dengan kecantikan WANITA.

Kitalah wanita itu. Panjatkanlah kesyukuran ke atasNYA yang telah menjadikan wanita itu & ini.


Namun!

Ingatlah wahai sahabatku..

Walau semuanya dijaga, dipelihara dengan baik, dibelai selalu di hadapan cermin, sayangnya ianya akan dimamah usia. Dan hanya satu yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat KEWANITAAN kita yang dipupuk melalui IMAN & TAQWA.



Saya turut menyediakan TIPS KECANTIKAN bagi wanita ISLAM

**********

1. GHADUL BASHAR (menundukkan pandangan sebagai hiasanmu)
2. LIPSTICK (sebagai kejujuran pada bibirmu)
3. PEMERAH PIPI (daripada Salon IMAN)
4. Sabun ISTIGHFAR (untuk hilangkan dosa-dosa & kesalahan harian)
5. Rawat rambut dengan selendang ISLAM (HIJAB) supaya selamat daripada pandangan    
    sang ajnabi.
6. Tangan & jari pula hiasilah (dengan gelang tawadhuk & cincin ukhwah).
7. Bedaklah muka (dengan AIR WUDHUK).                              




Jom kita amalkan. InshaALLAH pasti dijamin KECANTIKANNYA oleh ALLAH! 


(Ya ALLAH hari ini merupakan hari yang penat bagiku kerana aku membantu keluargaku untuk menyiapkan rumahku. Bapaku yang sibuk bertukang menuangkan simen sehingga luka-luka tangannya. ALLAH! Tak sampainya hatiku. Luluh hatiku melihat bapaku. Ya RABBUL IZZATI ringankanlah beban hidup kami di dunia ini. Aku yakin padaMU & ENGKAULAH sebaik-baik tempat mengadu.)               


Permulaan Kepada Yang Baru


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-------


Ahlan Wasahlan.




Ini merupakan permulaan bagi aku untuk berjinak dalam DA’WAH melalui bidang penulisan. Alhamdulillah banyak perkara yang memberi inspirasi kepada aku untuk teruskan usaha dalam bidang penulisan ini. Insha ALLAHU TA’ALA. Moga ALLAH redha atas usaha kecil aku yang hina ini.

Sebelum ini aku mempunyai dua blog. Yang pertamanya atas suka-suka & blog yang keduanya merupakan salah satu assignmentku. Sebenarnya bidang penulisan adalah kesukaan aku & telah menjadi kegemaran sejak kecil lagi. Kini aku takkan sekali melepaskan peluang seterusnya ingin menyampaikan serba sedikit ilmu-ilmu ALLAH yang ada pada diriku. Insha ALLAH.

Moga dengan perkongsian yang sedikit ini & wujudnya blog ini menjadi satu asbab untuk aku terus bergiat dalam ISLAM walaupun usaha kecil ini mungkin dipandang remeh bagi sesetengah insan namun pandangan SI DIA SANG PENCIPTA sangatlah TINGGI bagi aku sendiri.

Wallahu ‘alam.


(What I want to be?? Insha ALLAH a better MUSLIMAH)