Thursday, 27 December 2012

Jodohmu mungkin di tempat lain


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-------

Beberapa bulan yang lepas, aku mendapat mesej 

“Assalamu’alaikum sahabat2ku mujaheed & mujaheedah, insha ALLAH malam ini kita akan ada usrah seperti biasa di Masjid Al-Hikmah tepat pukul 9 malam. Jemput datang ye..” 

Lepas kelas aku pun bertanya sahabat yang lain adakah mereka pun dapat mesej seperti aku. Ternyata kami semua mendapat mesej yang sama.


*******



Lepas solat maghrib di bilik masing-masing, kami bersepakat untuk solat berjemaah ketika waktu Isya’ nanti. Jadi aku pun bergegas turun ke masjid takut-takut terlepas berjemaah nanti. Apabila selesainya solat Isya’ yang diimamkan oleh Imam Hanif Hashim, kami pun duduk bersama dengan membuat bulatan. Seperti biasa kami mulakan usrah kecil kami dengan membincangkan mengenai pelbagai isu.

Dan mulalah perbincangan kami dengan tajuk yang paling HOT untuk siswa/siswi seperti kami iaitu JODOH.


Aku memang suka mengusik sahabat aku ni. Maklumlah daripada caranya nampak macam pendiam, tetapi diam2 ubi berisi.. Mulalah dialog kami..


===================


Aku : Izati macam mana? Dah berpunya ke? Manalah tahu kan dia dah berpunya tapi senyap je, taknak bagitau kitorang pun.. hehe..

Zakiah : A’ahlah Zati.. diam je daripada tadi. Macam ada something je yang Zati sembunyikan daripada kitorang ni. Cubalah cerita dengan kitorang. Manalah tahukan kitorang boleh bantu ke..??

Izati: Eah.. mana ada. Awak ni Ika & Zakiah!  Pandai-pandai je cakap orang. Manalah tahu sebenarnya kamu tu da berpunya. Huh.. (Izati mengeluh). Sebenarnya macam ni kisahnya. Saya ada menyimpan perasaan terhadap seseorang. Saya dapat tahu yang dia dah berpunya. Tapi saya masih tak dapat pastikannya adakah benar si dia tu dah berpunya atau belum. Saya cuma mendengar khabar je.

Aku & Zakiah : owh..(kami menjawab serentak). Macam tu rupanya..
Aku tersenyum kerana dia sudi kongsi dengan kami.

Aku: Jadi aku pun mulai berbicara dengannya. Izati sahabatku.. Jodoh itu rahsia ALLAH. Hanya dia yang tahu di mana & bagaimana jodoh kita. Kita ini ada lagi tanggungjawab yang lebih besar iaitu BELAJAR. Kita dihantar oleh ibu bapa kita ke sini untuk menuntut ilmu. Ilmu ALLAH tu amat luas sekali. Ungkapan jodoh, usah kita fikir waktu ini kerana ia bukan masa yang sesuai sekarang untuk kita mencari siapakah imam kita nanti.. 

ALLAH kan dah berfirman; 


“Wanita yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.” Hanya kita perlu yakin dengan janji ALLAH. Kita tetaplah berdoa kerana ia merupakan salah satu usaha kita.

Zakiah: betul tu Ika. Jangan pula kita langsung tak fikirkan soal jodoh. Kita manusia biasa, tak lengkap. Jadi sebab itulah ALLAH jadikan kita hidup berpasangan kerana masing-masing saling melengkapi.

Aku: Mungkin si dia yang Izati suka tu bukanlah jodoh Zati yang sebenar atau mungkin boleh jadi dialah jodoh Zati.. siapa tahu?? Apa yang pasti Zati doalah banyak-banyak. Istikharah jangan tinggalkan pula ye.

Izati : Insha ALLAH. Terima kasih sahabat-sahabatku.

Zakiah: Selain jodoh banyak lagi nikmat yang ALLAH beri pada kita, jadi bersyukurlah atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan pada kita. Betul tak Ika?

Aku: Betul tu! Tiba-tiba ika teringat kata-kata ALLAH dalam Al-Quran; “ Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”

Izati: Terlalu banyak nikmat yang terus datang & melimpah kepada kita. ALLAHU AKBAR!  Astaghfirullah! barulah Izati tersedar yang selama ni Zati hanya mengikutkan perasaan semata-mata kerana ternanti-nanti akan cinta si dia tu. Tapi Zati terlupa nak kejar cinta si DIA ALLAH Tuhanku. Zati lalai sangat dalam cinta sementara sedangkan CINTA ABADI sedang menunggu Zati. YA ALLAH ampunkanlah aku yang lalai mengingati-MU. (nada Zati dalam kesedihan)


Aku & Zakiah memujuknya, dan kami beritahu berita gembira kepadanya yang ALLAH sentiasa menerima TAUBAT hambaNYA. Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik tempat mengadu & DIA MAHA MENGAMPUNI.




( Ya ALLAH, aku rasa bagaikan tak larat untuk meneruskan hidupku lagi. Tapi apakan daya itu semua adalah masa depanku. Dalam menghitung hari-hari untuk melangkah ke 2013 terlalu banyak perkara yang akan membuatkan aku bertambah lalai dengan dunia ini. YA ALLAH YA QAYYUM.. Pimpinlah aku ke jalanMU. Jangan biarkan aku terlena dengan mimpi sementara di dunia ini. ALLAHUMMA AAMEEEEN.)

#Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Tidak berkait yang hidup mahupun yang tiada lagi..cehhh.. ^_^


2 comments:

  1. Sama-sama lah kita selalu munasabah :')
    Rindu korang semua
    Nak usrah dgn korg~~

    ReplyDelete
  2. rindu akak juga.. <3
    betul tu. Muhasabah terbaik time qiam boleh juga sblm tidur. ;)
    tulah waktu2 yg terbaik bermuhasabah utk diri kita..

    wallahu 'alam.. :)

    ReplyDelete