BISMILLAH...
Mata yang redup selalu menjeling
tajam. Boleh jadi pada bibir yang sentiasa tersenyum.
Sejuta perkataan mungkin tak dapat
diungkapkan dengan kecantikan WANITA.
Kitalah wanita itu. Panjatkanlah
kesyukuran ke atasNYA yang telah menjadikan wanita itu & ini.
Namun!
Ingatlah wahai sahabatku..
Walau semuanya dijaga,
dipelihara dengan baik, dibelai selalu di hadapan cermin, sayangnya ianya akan
dimamah usia. Dan hanya satu yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat
KEWANITAAN kita yang dipupuk melalui IMAN & TAQWA.
Saya turut menyediakan TIPS KECANTIKAN bagi wanita ISLAM
**********
1. GHADUL BASHAR (menundukkan pandangan sebagai hiasanmu)
1. GHADUL BASHAR (menundukkan pandangan sebagai hiasanmu)
2. LIPSTICK (sebagai kejujuran pada
bibirmu)
3. PEMERAH PIPI (daripada Salon IMAN)
4. Sabun ISTIGHFAR (untuk hilangkan
dosa-dosa & kesalahan harian)
5. Rawat rambut dengan selendang
ISLAM (HIJAB) supaya selamat daripada pandangan
sang ajnabi.
6. Tangan & jari pula hiasilah (dengan
gelang tawadhuk & cincin ukhwah).
7. Bedaklah muka (dengan AIR WUDHUK).
Jom kita amalkan. InshaALLAH pasti dijamin KECANTIKANNYA oleh ALLAH!
(Ya ALLAH hari ini
merupakan hari yang penat bagiku kerana aku membantu keluargaku untuk
menyiapkan rumahku. Bapaku yang sibuk bertukang menuangkan simen sehingga
luka-luka tangannya. ALLAH! Tak sampainya hatiku. Luluh hatiku melihat bapaku. Ya
RABBUL IZZATI ringankanlah beban hidup kami di dunia ini. Aku yakin padaMU
& ENGKAULAH sebaik-baik tempat mengadu.)


No comments:
Post a Comment