(mengambil
iktibar daripada pak cik Yoshi, si pembuat kopi)
BISMILLAH...
Pak cik
Yoshi gemar & pandai membuat kopi. Kerja pembuat kopi ini tak semudah yang
disangka. Kopi yang terbaik adalah kopi yang cukup airnya, sesuai suhunya &
dikisar dengan baik bijinya.
Terkesan
dengan perisitwa tsunami di Jepun, pak cik Yoshi dengan van volkswagennya
mengunjungi mangsa tsunami untuk kongsi kopi bersama mereka. Alunan lagu
daripada koleksi piring hitam pak cik Yoshi juga turut menghiburkan mangsa
tsunami yang sambil menikmati kopi percuma Pak cik Yoshi. Kehadiran pak cik
Yoshi sentiasa dinantikan oleh mangsa tsunami kerana bukan sahaja beliau
membawakan kopi untuk mereka bahkan tak lokek untuk mengajar mereka bagaimana
nak membuat kopi.
Beliau tak pernah merasa asing andai ilmunya itu dieksplotasi
oleh orang lain kerana niatnya ikhlas mahu bantu & meringankan beban
mereka. Baikkan pak cik Yoshi kita ni??
Sekarang
apakah kaitan pak cik Yoshi dengan kita di Malaysia ni yang beribu batu
jauhnya??
Dapatkah kita juga merasa kelazatan kopi bancuhan pak cik Yoshi?
Dalam tarbiyyah, kita diajar & dididik oleh murabbi kita. Tapi itu tak
semudah ABC, kerana kita dididik dengan penuh cinta sehinggalah kita mahu untuk
bergerak jadi seorang AKTIVIS DA’WAH. Andai kita adalah biji kopi tapi tidak
dikisar dengan elok, mungkin kopinya tak sesedap rasa. Andai kita adalah serbuk
kopi 3 dalam 1yang dah sedia di bancuh, buat apa dikisar lagi?? Tapi tak dijami
kesedapannya kerana belum tentu ia dibancuh dengan air & suhu yang sesuai.
Setiap dari kita berbeza, Cuma perlu difahami & ditarbiyyah mengikut cara
yang sesuai. Ada yang suka dipeluk, dicium & ada yang suka bertepuk tampar,
ada yang boleh terus berlari & ada yang perlu diajar berdiri.
Tarbiyyah juga menggerakkan kita untuk
berkongsi nikmat tarbiyyah dengan yang lain. Seperti pak cik Yoshi, dia sedar
bahawa mangsa tsunami itu sedang dalam keperitan & kesedihan. Apa yang
boleh dia berikan sedikit sebanyak ialah alunan lagu & secawan kopi untuk
mengubatu luka mereka. Sepatutnya kita juga sedar bahawa ramai sahabat Muslim
kita jauh daripada ISLAM yang SEBENAR juga sedang dalam keperitan &
kedukaan IMAN mereka, cumanya mereka tak sedar.
Andai alunan
lagu & secawan kopi boleh menggembirakan mangsa tsunami, bagaimanakah dengan
TARBIYYAH ISLAMIYYAH kepada mangsa JAHILIYYAH yang nikmatnya jauh lebih lazat
daripada kopi pak cik Yoshi??
Semoga ALLAH merahmati setiap yang mengambil ibrah dari kisah ini.
#Karya asal oleh Hadi Pahmi / Di "edit" oleh Afiqah Rahim



.jpeg)
No comments:
Post a Comment