Saturday, 29 December 2012

Dakwah Itu Cahaya


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

------


Da’wah Islam yang begitu kerap dilaung-laungkan pada hari ini takkan tertegak selagi mana para da’ienya tak menyalakan obor mereka pada waktu malam.




Cahaya da’wah juga takkan dapat bersinar & memecahkan kegelapan jahiliyah kurun ke-20 ini selagi mana penyokongnya tak melaungkan “Ya Qayyum” di waktu subuh yang sunyi daripada kesibukan duniawi.


Aku bukanlah orang pertama yang mengatakan hal ini. Sebenarnya ia wasiat Hassan Al-Banna ketika beliau berkata pada para da’ie “Minit-minit malam itu amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tak bernilai dari kealpaanmu”.


Sedarkah kita untuk kembalikan ciri utama ini, atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang mungkinkan kita bermalas-malasan??? Kita gunakan alasan sibuk dalam da’wah & tarbiyah untuk berehat daripada menghidupkan malam dengan ibadah & doa.


“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar& mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk; (iaitu)mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA.” (al-Baqarah:45-46)



Sesungguhnya kata-kata Allah tak pernah berubah. Tapi, kita dah murahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan hingga terlupa tanggungjawab & amanah yang dah diberikan terasa amat berat. Malah, kelihatan tiada satu pun urusan kita yang dimudahkan Allah!


Kemenangan da’wah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun tapi terletak pada kemnbalinya insan yang ikhlas kepada “adat kebiasaan” generasi awal. Bila hati mula jadi suci dengan taubat & mula tersentuh dengan tiap peringatan yang diberikan, maka ia menjadi penebus kesilapan yang terjadi waktu kealpaan diri yang lepas. Inilah syarat yang mesti ada!



Sujud di mihrab/sejadah & istighfar pada waktu sahur & air mata munajat, semua itu adalah ciri-ciri yang hanya ada pada orang mukmin. Jika seorang duniawi menyangka syurganya ialah wang, wanita, istana tapi syurga orang mukmin pada mihrabnya/sejadahnya.


Begitulah para dai’e memperoleh bekalannya yang tak menumpukan hanya melalui fizikal tapi apa yang paling penting apa yang dirasai oleh jiwanya yang suci lagi penuh bercahaya.

#Karya Dr Qamarus Salam Yusuf

No comments:

Post a Comment