BISMILLAH...
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
------
------
Da’wah Islam yang begitu kerap
dilaung-laungkan pada hari ini takkan tertegak selagi mana para da’ienya tak
menyalakan obor mereka pada waktu malam.
Cahaya da’wah juga takkan dapat bersinar & memecahkan
kegelapan jahiliyah kurun ke-20 ini selagi mana penyokongnya tak melaungkan “Ya Qayyum” di waktu subuh yang sunyi
daripada kesibukan duniawi.
Aku bukanlah orang pertama yang mengatakan hal ini.
Sebenarnya ia wasiat Hassan Al-Banna ketika beliau berkata pada para da’ie “Minit-minit malam
itu amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tak bernilai dari kealpaanmu”.
Sedarkah kita untuk kembalikan ciri utama ini, atau
adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang mungkinkan kita
bermalas-malasan??? Kita gunakan alasan sibuk dalam da’wah & tarbiyah untuk
berehat daripada menghidupkan malam dengan ibadah & doa.
“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar&
mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk; (iaitu)mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka
akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA.”
(al-Baqarah:45-46)
Sesungguhnya kata-kata Allah tak pernah berubah. Tapi, kita
dah murahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan
hingga terlupa tanggungjawab & amanah yang dah diberikan terasa amat berat.
Malah, kelihatan tiada satu pun urusan kita yang dimudahkan Allah!
Kemenangan da’wah bukan terletak pada helaian kertas yang
bertimbun tapi terletak pada kemnbalinya insan yang ikhlas kepada “adat kebiasaan” generasi awal. Bila hati
mula jadi suci dengan taubat & mula tersentuh dengan tiap peringatan yang
diberikan, maka ia menjadi penebus kesilapan yang terjadi waktu kealpaan diri
yang lepas. Inilah syarat yang mesti ada!
Sujud di mihrab/sejadah & istighfar pada waktu sahur
& air mata munajat, semua itu adalah ciri-ciri yang hanya ada pada orang
mukmin. Jika seorang duniawi menyangka syurganya ialah wang, wanita, istana
tapi syurga orang mukmin pada mihrabnya/sejadahnya.
Begitulah para dai’e memperoleh bekalannya yang tak
menumpukan hanya melalui fizikal tapi apa yang paling penting apa yang dirasai
oleh jiwanya yang suci lagi penuh bercahaya.
#Karya
Dr Qamarus Salam Yusuf







.jpeg)








