BISMILLAH...
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
-------
-------
Ini
merupakan permulaan bagi aku untuk berjinak dalam DA’WAH melalui bidang
penulisan. Alhamdulillah banyak perkara yang memberi inspirasi kepada aku untuk teruskan usaha dalam bidang penulisan ini. Insha ALLAHU TA’ALA. Moga
ALLAH redha atas usaha kecil aku yang hina ini.
Sebelum ini aku mempunyai dua blog. Yang pertamanya atas suka-suka & blog yang
keduanya merupakan salah satu assignmentku. Sebenarnya bidang penulisan
adalah kesukaan aku & telah menjadi kegemaran sejak kecil lagi. Kini aku takkan sekali melepaskan peluang seterusnya ingin menyampaikan serba sedikit
ilmu-ilmu ALLAH yang ada pada diriku. Insha ALLAH.
Moga dengan
perkongsian yang sedikit ini & wujudnya blog ini menjadi satu asbab untuk aku terus bergiat dalam ISLAM walaupun usaha kecil ini mungkin dipandang remeh
bagi sesetengah insan namun pandangan SI DIA SANG PENCIPTA sangatlah TINGGI
bagi aku sendiri.
Wallahu ‘alam.
(What I want to be?? Insha ALLAH a better MUSLIMAH)

A good start for you
ReplyDelete:D
Barakallah ^_^
hehe..shukron jiddan.. jazakillah~ :D
ReplyDelete