Thursday, 27 December 2012

Permulaan Kepada Yang Baru


BISMILLAH...


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-------


Ahlan Wasahlan.




Ini merupakan permulaan bagi aku untuk berjinak dalam DA’WAH melalui bidang penulisan. Alhamdulillah banyak perkara yang memberi inspirasi kepada aku untuk teruskan usaha dalam bidang penulisan ini. Insha ALLAHU TA’ALA. Moga ALLAH redha atas usaha kecil aku yang hina ini.

Sebelum ini aku mempunyai dua blog. Yang pertamanya atas suka-suka & blog yang keduanya merupakan salah satu assignmentku. Sebenarnya bidang penulisan adalah kesukaan aku & telah menjadi kegemaran sejak kecil lagi. Kini aku takkan sekali melepaskan peluang seterusnya ingin menyampaikan serba sedikit ilmu-ilmu ALLAH yang ada pada diriku. Insha ALLAH.

Moga dengan perkongsian yang sedikit ini & wujudnya blog ini menjadi satu asbab untuk aku terus bergiat dalam ISLAM walaupun usaha kecil ini mungkin dipandang remeh bagi sesetengah insan namun pandangan SI DIA SANG PENCIPTA sangatlah TINGGI bagi aku sendiri.

Wallahu ‘alam.


(What I want to be?? Insha ALLAH a better MUSLIMAH)

2 comments: